Tuesday, 23 September 2014

Menutup Aurat

PAKAIAN MENUTUP AURAT
Jumhur Ulama' berpendapat bahawa adalah menjadi kewajipan wanita muslim menutup ,aurat mereka dalam erti yang sebenar dan menepati syara'. Bagi wanita yang sempurna akalnya wajib menutup seluruh tubuhnya dengan sebaik-baiknya kecuali muka dan kedua tapak tangan sahaja.
 
Dalil-dalil menutup aurat
Surah Al 'araf: 26
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْءَاتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىَ ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
 
 
Contoh-contoh Pakaian menutup aurat
Klik untuk pembesaran
 
Klik untuk pembesaran
Contoh 1 Contoh 2
 
Dalil-dalil menutup aurat
Surah An-Nur:31
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الاِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
 

Khusyuk Solat

 
KHUSYUK SOLAT

  • Pengertian
    • Bermaksud tunduk atau merenendah diri
    • Didalam solat bermaksud tunduk dan merendah diri dengan menumpukan fikiran, menenangkan hati dan anggota semata-mata kerana Allah
Dalil Al Quran
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ {1}
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ {2}

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman , iaitu mereka yang khusyuk didalam solat

Surah Al Mukminun : 1 - 2
 
Usaha ke arah khusyuk
 
Perbuatan hati Peranan Akal Peranan Anggota
Menginsafi kekurangan dan kelemahan diri berbanding dengan kekuasaan dan keagungan Allah Menumpukan fikiran bahawa kita sedang bermunajat kepada Allah yang Maha Kuasa Tidak bergerak-gerak kecuali yang berkaitan dengan solat
     
Menumpukan perasaan dan hati ketika solat Memahami Apa yang dilafazkan melihat tempat sujud
     
Menggambarkan bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah Melupakan segala urusan keduniaan Melakukan setiap rukun fi'li dengan sempurna
 
Perkara-perkara yang menghilangkan khusyuk

  • Tidak faham maksud ayat dan bacaan yang dibaca
  • Terlalu banyak angan-angan
  • Melakukan dosa dan maksiat
  • Memikirkan perkara keduniaan seperti kerja
  • Makanan dan minuman dari sumber yang haram
  • Anggota badan tidak tetap
  • Mata tidak memandang tempat sujud
  • Melakukan solat secara tergesa-gesa
 
 
 
Hikmah Khusyuk

  • Solat diterima Allah
  • Meningkat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
  • Ikhlas dalam setiap amalan
  • Mendapat keberkatan dalam kehidupan
  • Membentuk sahsiah yang mulia
  • Terhindar daripada melakukan berbuatan keji dan mungkar

Saidatina Siti Khadijah r.a.

 
SITI KHADIJAH R.A. UMMUL MUKMININ
  • Nama siti Khadijah bt Khuwailid bin Asad bin 'Abdul 'Uzi bin Khusai
  • Berasal daripada keluarga mulia dan berharta
  • Seorang tokoh perniagaan yang kaya raya
  • Beliau hidup dalam keadaan sederhana
  • Berkahwin dengan Rasulullah  ketika berumur 40 tahun
  • Isteri pertama Rasulullah 
  • Wanita pertama memeluk Islam
  • Memiliki peribadi mulia dan taat kepada perintah Allah
  • Dermawan penyayang, sabar dan tabah
  • Berwawasan dan berfikiran kreatif
  • Wanita yang sangat dicintai Rasulullah 



Sumbangan Saidatina Khadijah r.a.
  • Berperanan sebagai isteri dan sahabat yang sentiasa jujur dalam perjuagan kebenaran
  • Beliau adalah pendorong dan sumber inspirasi  terhadap perjuangan Rasulullah 
  • Beliau berjaya meredakan kebimbingan Rasulullah  ketika baginda menerima wahyu yang pertama
  • Beliau memberi keyakinan kepada Rasulullah  untuk meneruskan perjuangan
  • Beliau berkorban harta, tenaga ,perasaan dan pemikiran bersama Rasulullah untuk mengembangkan Islam.

Peranan Saidatina Khadijah r.a.
  • Peranan beliau terlalu besar di awal perjuangan Islam kerana Nabi  pada ketika itu tidak mempunyai ramai penyokong dan dan pembelanya.
  • Beliau sanggup berkorban harta dan bersama Rasulullah  khususnya menghadapi saat genting seperti pemulauan ekonomi oleh kaum Quraisy.
 

Khutbah Jumaat

 
Khutbah Jumaat

  • Pengertian dari segi bahasa
    • Kerpercayaan yang kukuh dihati
  • Pengertian dari segi Istilah
    • Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah taala serta sifat-sifatnya dan kesempurnaannya berdasarkan dalil naqli dan aqli
 
 
Hukum meninggalkan Solat Jumaat

  • Hukum
    • Berdosa jika meninggalkan Solat Jumaat tanpa sebab-sebab yang diharuskan oleh syara'
    • Sesiapa yang meninggalkan Solat Jumaat tiga kali (3x) berturut-turut akan ditutupkan hatinya daripada menerima hidayah Allah Taala
 
Hadis Nabi
 
عن ابن عمر رضى الله عنه قل : كان رسول اللهيخطب يوم الجمعة قا ءما ثم يجلس ثم يقوم
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasululullah menyampaikan khutbah pada hari Jumaat secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri semula
Hadis riwayat Muslim
 
Syarat khutbah Jumaat
  • Disampaikan setelah masuk waktu zohor
  • Disampaikan sebelum solat Jumaat
  • Rukun khutbah di sampaikan dalam bahasa Arab
  • Khatib duduk sebentar di antara dua khutbah
  • Khatib seorang lelaki
  • Khatib hendaklah berdiri jika berkemampuan
  • Khatib menutup aurat
  • Berturut-turut antara dua khutbah
  • Khatib suci daripada hadas besar dan kecil
  • Khatib hendaklah suci badan, pakaian, dan tempat daripada najis
  • Khutbah yang disampaikan boleh didengar oleh sekurang-kurangnya 40 orang alhi jumaat
 

Rukun Khutbah
  • Memuji Allah subhanahuwataala
    • sekurang-kurangnya mengucapakan
      الحمدالله
  • Bersalawat ke atas Nabi
    • sekurang-kurangnya mengucapkan
      اللهم صلى محمد
  • Mengingatkan jamaah supaya bertakwa kepada Allah
    • sekurang-kurangnya dengan mengucapkan
      اتقوا الله
  • Membaca sekurang-kurang satu ayat Al Quran samaada dalam khutbah pertama atau khutbah kedua
 
 
Sunat Khutbah
 
 

Kejayaan Rasulullah s.a.w.

 
 
Nabi Muhammad meletakkan aqidah yang kukuh
Perjuangan Rasulullah menyampaikan aqidah
  • Perjuangan Rasulullah  di Makkah adalah untuk memperbetulkan aqidah manusia khususnya masyarakat Arah Quraisy yang mempercayai berbagai-bagai kepercayaan yang karut dan tidak bertamadun
  • Rasulullah menyeru kaumnya agar mengEsakan Allah Taala.
  • Rasulullah  menyampaikan dakwah dengan hikmah dan bijaksana
    • Mengajak masyarakat Arab memikirkan tentang kejadian 'alam.
    • Mengajak mencari rahsia dan hikmah disebalik kejadian 'alam.
    • Mengajaj memikirkan kewujudan 'alam dan manusia adalah tanda kewujudan Pencipta dan Penguasa yang Maha Berkuasa.
    • Menyeru manusia beriman dan menyembah Allah Taala.
    • Mengajak masyarakat Arab memperbaiki akhlak dan meninggaklan budaya jahiliyyah
    • Mempersaudarakan manusia atas satu aqidah yang kukuh
Ancaman dan Cabaran terhadap Rasulullah 
  • Rumah Rasulullah  dibaling dengan tahi unta
  • Abu Jahal cuba menghempas batu ketika Nabi bersembahyang dalam Masjidil Haram.
  • Leher Rasulullah  pernah dijerut dengan kain serban
  • Rasulullah  dikeleliling oleh kaum musyrik , diludah dan dinafikan kerasulannya
  • Rasullullah  ditawarkan dengan pangkat, harta dan wanita jika menghentikan dakwahnya.
  • Dihujani dengan pertanyaan untuk mempersendakan ajaran Islam
Ancaman dan penyiksaan terhadap sahabat Rasulullah 
  • Penyiksaan terhadap keluarga Yasir dan Bilal b. Rabbah
  • Memulaukan keluarga Bani Hashim
  • Menghalang golongan hamba dan lemah daripada memeluk Islam
  • Menghentikan semua urusan dengan orang Islam dalam semua aspek kehidupan
  • Mengugut untuk membunuh sesiapa yang menerima ajaran Islam
Bentuk perjuangan Rasulullah di Makkah
  • Rasulullahmemilih bertahan terhadap ancaman dan ugutan serta penyiksaan terhadap baginda dan sahabat-sahabat
  • Baginda terus beristiqamah dan berusaha sedaya upaya menyebarkan dakwah
  • Rasulullah  mendidik para sahabat dan menanam asas aqidah yang kuat lagi mantap
Faktor kejayaan perjuangan Rasulullah 
  • Hidayah daripada Allah taala
  • Keunggulan peribadi Rasulullah 
  • Keadilan dan persamaan hak dalam Islam
  • Menghormati pandangan dan hak orang lain
  • berdakwah dengan hikmah dan bijaksana
  • Bersifat sabar dan didikasi
  • Membela nasib wanita dan golongan lemah

Istinjak

ISTINJAK


  • Pengertian
    • Perbuatan membersihkan 'kubul' (kemaluan) dan dubur selepas membuang air besar atau air kecil dengan menggunakan alat-alat tertentu
  • Hukum
    • wajib
Alat-alat Istinjak
Air MutlakBenda-benda kesat
  • Air hujan,Air paip
  • Air telaga, Air laut
  • Air sungai, Air Salji
  • Air mata air
  • Air embun
  • kertas
  • tisu
  • daun kering
  • kayu
  • batu
Syarat-syarat istinjak dengan benda kesat

  • Alat yang digunakan mestilah suci iaitu bersih dan kering
  • Najis yang ada pada 'kubul dan dubur belum kering
  • Najis yang keluar tidak meleleh ke tempat lain seperti paha atau betis
  • Tidak ada benda lain yang melekat ditempat keluar najis seperti debu dan tanah

Cara-cara Istinjak

  • Mengunakan batu dan Air
  • Menggunakan air
  • Menggunakan benda-benda kesat

Hikmah Istinjak

  • Dikasihi Allah Taala
  • Dapat melakukan ibadah dengan khusyu'
  • Terhindar daripada jangkitan penyakit
  • Menyegarkan badan dan memberikan ketenangan jiwa
  • Melahirkan individu yang sentiasa menjaga kebersihan