Tuesday, 23 September 2014

Khusyuk Solat

 
KHUSYUK SOLAT

  • Pengertian
    • Bermaksud tunduk atau merenendah diri
    • Didalam solat bermaksud tunduk dan merendah diri dengan menumpukan fikiran, menenangkan hati dan anggota semata-mata kerana Allah
Dalil Al Quran
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ {1}
الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ {2}

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman , iaitu mereka yang khusyuk didalam solat

Surah Al Mukminun : 1 - 2
 
Usaha ke arah khusyuk
 
Perbuatan hati Peranan Akal Peranan Anggota
Menginsafi kekurangan dan kelemahan diri berbanding dengan kekuasaan dan keagungan Allah Menumpukan fikiran bahawa kita sedang bermunajat kepada Allah yang Maha Kuasa Tidak bergerak-gerak kecuali yang berkaitan dengan solat
     
Menumpukan perasaan dan hati ketika solat Memahami Apa yang dilafazkan melihat tempat sujud
     
Menggambarkan bahawa kita sedang berhadapan dengan Allah Melupakan segala urusan keduniaan Melakukan setiap rukun fi'li dengan sempurna
 
Perkara-perkara yang menghilangkan khusyuk

  • Tidak faham maksud ayat dan bacaan yang dibaca
  • Terlalu banyak angan-angan
  • Melakukan dosa dan maksiat
  • Memikirkan perkara keduniaan seperti kerja
  • Makanan dan minuman dari sumber yang haram
  • Anggota badan tidak tetap
  • Mata tidak memandang tempat sujud
  • Melakukan solat secara tergesa-gesa
 
 
 
Hikmah Khusyuk

  • Solat diterima Allah
  • Meningkat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
  • Ikhlas dalam setiap amalan
  • Mendapat keberkatan dalam kehidupan
  • Membentuk sahsiah yang mulia
  • Terhindar daripada melakukan berbuatan keji dan mungkar

No comments:

Post a Comment